Nak Tahu Saham Apa Yang Berpotensi Buat 100% Setahun?

Dalam keadaan pasaran yang baik, nak dapat 5 ke 6 angka pun boleh.... Tengok hasil di bawah

Anda nak tahu, saham apa yang berpotensi boleh menjana 100% setahun? Tiap-tiap tahun, bukan bermusim (seperti nak go private, saham2 macam tu jarang ada)

Jawapannya, FCPO !

Ok, sebelum tu saya nak minta maaf awal-awal. FCPO ni, sebenarnya bukanlah saham.
Tapi, ia juga adalah produk Bursa Malaysia.

FCPO ialah singkatan untuk Futures Crude Palm Oil. Bahasa Melayu nya – Kontrak Hadapan Minyak Mentah Sawit.

Kita rujuk balik “syarat-syarat” untuk Saham tu berpotensi jana 100% setahun.

1. Fokus kepada saham yang volatile. Yang sehari berpotensi buat RM500 ke RM3000. SEHARI, bukan sebulan.

FCPO amat volatile. Pada waktu “sendu”, pergerakannya 20 ke 80 point. (1 point : RM25)

2. Trade saham yang boleh untung dalam keadaan bullish atau bearish.

FCPO boleh trade 2 arah. Boleh Long dan boleh Short.

3. Kita bukan nak kaya dunia je, kita nak kaya dunia akhirat, so trade saham yang patuh syariah. Kejar berkat, dunia dapat, akhirat pun dapat.

Kontrak FCPO telah diputuskan oleh MPS (Majlis Penasihat Syariah) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai salah satu produk patuh Syariah. 
Rujukan : MPS edisi ke-2 (Edisi pertama 2002, edisi ke-2 2006/2007, 200 m/s)

4. Cari broker saham, yang boleh berikan margin hingga 90%. Makna kata, hanya perlu keluarkan modal 10% sahaja daripada harga saham. Contoh, kita nak trade saham berjumlah

RM100 ribu, modal yang diperlukan RM10k sahaja.

1 lot FCPO bersamaan 25 tan minyak mentah kelapa sawit.

1 tan, sekarang ni lebih kurang RM4000.
25 tan, RM100 ribu

Modal trade 1 lot FCPO untuk sekarang ni, hanyalah RM7000 sahaja. Tak sampai 10%.
Mana-mana broker FCPO yang diberi lesen oleh Bursa Malaysia, menawarkan margin ini.
Bahkan, ada yang tawarkan separuh daripada ni. Yang tu, kena rujuk broker.

Contoh income dalam sebulan. Modal bermula dengan RM30,000

Sebulan

Dah nampak potensi trade FCPO?

Sebelum anda terus terjun ke FCPO trading, suka diingatkan, FCPO ni, memang high return. Tapi, jangan lupa risiko dia. High risk juga.

Sepertimana dengan apa2 perkara yang berisiko, satu cara nak kurangkan risiko ialah, dengan knowledge.

Setiap instrument, ada pe'el dia masing-masing. FCPO pun macam tu juga, ada pe'el dia sendiri.

Ada cara nak ‘tackle' FCPO ni.

Nak tahu pe'el FCPO, nak tahu, cara nak ‘tackle' FCPO, nak tahu setup terbaik untuk FCPO, anda kena belajar dulu.

Tak kisahlah, nak belajar dengan kami atau dengan orang lain.

Jika anda nak belajar dengan kami, boleh dapatkan info tentang waktu kelas terdekat di bawah.

Dalam tu, kami ada share potensi FCPO, result student dan siapa sebenarnya kami ni.
Ada juga kami beritahu, bila kelas terdekat.